PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Sunday, April 5, 2009

Kalah Tidak Bererti Mengalah

Lelaki sering dikaitkan dengan tubuh badan sasa dan kekuatannya akan terserlah apabila mengangkat bebanan. Itulah yang cuba ditengahkan sempena Konvokesyen Universiti Utara Malaysia ke-22 di mana seramai 20 mahasiswa UUM menyertai pertandingan Orang Kuat UUM.

Buat kali pertama pertandingan ini dijalankan bagi menguji kekuatan para peserta dalam menyempurnakan lima halangan iaitu mengangkat balak sambil berlari, berlari sambil mengangkat guni pasir seberat 20 kilogram, menarik trak sejauh 100 meter dan melontar pemberat seberat 10 kilogram.

Itulah yang dihadapi oleh Khalid, 22, yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan ini walaupun pertama kali menyertainya.

“Ada di antara halangan sukar untuk dipenuhi mengikut catatan masa terbaik namun saya tetap mahu meneruskan penyertaannya walaupun halangan mengangkat balak sambil berlari gagal dilakukan.

“Siapa yang tak nak menang jikalau menyertai apa-apa pertandingan.

“Kalah dan menang adalah adat dalam pertandingan asalkan saya puas hati dapat menyelesaikan empat dari lima halangan tersebut,” kata Khalid, 22, pelajar kelahiran Chad.

“Pada masa akan datang, saya akan mengajak kawan-kawan saya untuk menyertai pertandingan sebegini,” katanya yang berasa gembira walaupun kecundang di halangan ketiga iaitu mengangkat balak sambil berlari.

NYANYIAN BIRU WARNA

BEKAS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) DIGELAR GRADUAN!




Bekas MPP UUM , Biro Integrasi dan Kaum iaitu Vasuki Nadarajan(BEc) telah berjaya merangkul segulung ijazah yang diharapkan oleh setiap graduan. Segala usaha dan semangat untuk berjaya telah membawa beliau ke tahap yang cemerlang ini. Selama tiga tahun belajar di UUM, beliau telah mengharungi pelbagai cabaran dalam mendapatkan segulung ijazah yang amat bermakna ini. Kegembiraan beliau telah dikongi bersama keluarga tersayang. Mereka amat berbangga dengan pencapaian beliau. Semasa dalam MPP beliau telah berjaya menjalankan banyak program dan membantu mahasiswa-mahasiswa yang memerlukan. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran beliau dalam Ijazah Sarjana di Universiti Malaya. Diharap beliau dijadikan sebagai inspirasi oleh pelajar lain agar mereka juga boleh bergerak aktif dalam bidang akademik mahupun kokurikulum!

GALERI GAMBAR SEBELUM DAN SEMASA KONVO!


















PERSIAPAN SEBELUM MAJLIS KONVO

Ketika ditanya kepada bakal graduan, saat yang paling indah adalah ketika memakai jubah dan saat paling berdebar adalah ketika melangkah masuk ke dalam Dewan Muazah Shah! Pihak universiti telah menyediakan proses pengambilan jubah di Dewan Tan Sri Othman(DTSO). Disini kelihatan mahsiswa berpusu-pusu untuk mengambil dan mencuba jubah yang sesuai dengan mereka. terdapat juga booth-booth yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar bakal graduan bersama keluar... Amat meriah suasana sehari sebelum majlis konvo ini...





Sesuai tak jubah ni!







Wednesday, April 1, 2009

WAJAH-WAJAH KEBANGGAAN











Setitis Darah Sejuta Harapan

SINTOK: Sempena berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke-22 Sidang Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM), Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank turut mengambil kesempatan mengadakan kempen derma darah melalui Tabung Darah Bergerak, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kempen yang berlangsung selama dua hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswi DPP SME Bank dan merupakan aktiviti sampingan bagi memeriahkan hari permahsyuran DPP Kachi 2 kepada DPP SME Bank.

Menurut Doktor Tabung Darah HSB, Dr. Shaik Farizan Shaik Daud, di samping hadiah saguhati dan sijil yang bakal diberikan oleh pihak HSB, banyak keistimewaan lain yang bakal diperolehi oleh penderma.

Keistimewaan tersebut termasuklah rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan secara percuma, dan ditempatkan di wad kelas dua. Selain itu, penderma juga layak menerima pelalian Hepatitis B secara percuma dan berpeluang ditempatkan di wad kelas satu bergantung kepada kekerapan pendermaan.

“Derma darah meningkatkan berat badan adalah tidak betul. Derma darah juga tidak sakit, hanya seperti gigitan nyamuk sahaja”, tambah beliau lagi.

Di akhir perbualan, beliau menasihati penderma supaya jujur sewaktu mengisi borang yang diberikan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Bagi Siti Hajar Sa’at, penuntut jurusan Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, beliau berasa gembira dan berbangga dapat menderma darah kerana jika darahnya tiada masalah dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Darah O hanya boleh menolong darah O sahaja”, katanya yang berdarah O dan sudah dua kali mendermakan darahnya.

Rakannya, Fazira Dila Razali penuntut dalam jurusan yang sama turut berkongsi kegembiraan dan rasa bangga kerana dapat menderma darah.

Beliau yang sudah empat kali menderma darah menggalakkan lebih ramai orang menderma darah bagi membantu insan yang lebih memerlukan. “Dermalah darah selagi anda boleh menderma” ujarnya sewaktu mengakhiri perbualan.