PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Sunday, April 5, 2009

Kalah Tidak Bererti Mengalah

Lelaki sering dikaitkan dengan tubuh badan sasa dan kekuatannya akan terserlah apabila mengangkat bebanan. Itulah yang cuba ditengahkan sempena Konvokesyen Universiti Utara Malaysia ke-22 di mana seramai 20 mahasiswa UUM menyertai pertandingan Orang Kuat UUM.

Buat kali pertama pertandingan ini dijalankan bagi menguji kekuatan para peserta dalam menyempurnakan lima halangan iaitu mengangkat balak sambil berlari, berlari sambil mengangkat guni pasir seberat 20 kilogram, menarik trak sejauh 100 meter dan melontar pemberat seberat 10 kilogram.

Itulah yang dihadapi oleh Khalid, 22, yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan ini walaupun pertama kali menyertainya.

“Ada di antara halangan sukar untuk dipenuhi mengikut catatan masa terbaik namun saya tetap mahu meneruskan penyertaannya walaupun halangan mengangkat balak sambil berlari gagal dilakukan.

“Siapa yang tak nak menang jikalau menyertai apa-apa pertandingan.

“Kalah dan menang adalah adat dalam pertandingan asalkan saya puas hati dapat menyelesaikan empat dari lima halangan tersebut,” kata Khalid, 22, pelajar kelahiran Chad.

“Pada masa akan datang, saya akan mengajak kawan-kawan saya untuk menyertai pertandingan sebegini,” katanya yang berasa gembira walaupun kecundang di halangan ketiga iaitu mengangkat balak sambil berlari.

No comments:

Post a Comment