PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Monday, August 15, 2011

SESI PENGANUGERAHAN IJAZAH MAJLIS KONVOKESYEN KE-24, TAHUN 2011 UUM

SESI PENGANUGERAHAN IJAZAH MAJLIS KONVOKESYEN KE-24, TAHUN 2011 UUM

CONFERMENT OF DEGREE SESSIONS

1 OKTOBER 2011 / 1 OCTOBER 20101

(SABTU / SATURDAY)

PAGI (SESI 1) / MORNING (SESSION 1)

*Time: 7.00A.M-12.30P.M

PETANG (SESI 2)/ AFTERNOON (SESSION 2)

*Time: 1.45P.M-6.00P.M

Semua Graduan PHD

Semua Graduan DBA

UUM COLGIS

Sarjana Sains (Pengajian Strategik)
Sarjana Undang-Undang Komersial
Sarjana Pengurusan Awam
Sarjana Sastera (Sosiologi)
Sarjana Sastera (Sains Politik)

Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian

UUM COB

Sarjana Sains (Perakaunan Pengurusan dan Perancangan)
Sarjana Sains (Perniagaan Antarabangsa)
Sarjana Sains (Pengurusan Operasi)
Sarjana Sains (Pengurusan Teknologi)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Projek)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Rantaian Bekalan)

UUM COLGIS

Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian

UUM COB

Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan)
Sarjana Pengurusan Sumber Manusia

2 OKTOBER 2011 / 1 OCTOBER 20101

(AHAD / SUNDAY)

PAGI (SESI 3) / MORNING (SESSION 3)

*Time: 7.00A.M-12.30P.M

PETANG (SESI 4)/ AFTERNOON (SESSION 4)

*Time: 1.45P.M-6.00P.M

UUM COLGIS

Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian

UUM COB

Sarjana Sains (Kewangan)
Sarjana Sains (Perbankan)
Sarjana Sains (Pengurusan)
Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan)

UUM CAS

Sarjana Sains (Kaunseling)
Sarjana Sains (Komunikasi Kepengurusan)
Sarjana Sains (Teknologi Maklumat)
Sarjana Sains (Sistem Pintar)
Sarjana Sains (Sains Pemutusan)
Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)
Sarjana Sains (Teknologi Maklumat & Komunikasi)

UUM CAS

Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan)
Sarjana Sains (Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Perlancongan dan Hospitaliti)
Sarjana Pendidikan
Sarjana Ekonomi
Sastera (Komunikasi)
Sarjana Sastera (Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari)
Sarjana Sastera (Linguistik Terapan)
Diploma Siswazah Sains Koreksional

3 OKTOBER 2011 / 3 OCTOBER 2011

(ISNIN / MONDAY)

PAGI (SESI 5) / MORNING (SESSION 5)

*Time: 7.00A.M-12.30P.M

PETANG (SESI 6)/ AFTERNOON (SESSION 6)

*Time: 1.45P.M-6.00P.M

UUM COLGIS

Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian /BPM (Hons)

UUM COB

Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian / B. Acct (Hons)
Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) dengan Kepujian / B. Acct [IS] (Hons)


UUM COB

Sarjana Muda Pengurusan Risiko dan Insurans dengan Kepujian / BRMI(Hons)

Sarjana Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian / B. Tech. Mgt (Hons)
Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan) dengan Kepujian / BBA [Logistic & Trans] (Hons)
Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian / B. Mktg (Hons)

4 OKTOBER 2011 / 4 OCTOBER 2011

(TUESDAY / SELASA)

PAGI (SESI 7) / MORNING (SESSION 7)

*Time: 7.00A.M-12.30P.M

PETANG (SESI 8)/ AFTERNOON (SESSION 8)

*Time: 1.45P.M-6.00P.M

UUM COB

Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian /BBA(Hons)

UUM COB

Sarjana Muda Pengurusan Operasi /B. Op. Mgt.(Hons)
Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian / B. Ent (Hons)
Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan Kepujian /BHRM (Hons)
Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian / BMA (Hons)

5 OKTOBER 2011 / 5 OCTOBER 2011

(WEDNESDAY / RABU)

PAGI (SESI 9) / MORNING (SESSION 9)

*Time: 7.00A.M-12.30P.M

PETANG (SESI 10)/ AFTERNOON (SESSION 10)

*Time: 1.45P.M-6.00P.M

UUM COB

Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian / B.Fin (Hons)
Sarjana Muda Perbankan dengan Kepujian / B. Bank (Hons)
Sarjana Muda Kewangan & Perbankan Islam dengan Kepujian / BIFB (Hons)
Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dengan Kepujian / BIBM (Hons)

UUM CAS

Sarjana Muda Sains Perniagaantani dengan Kepujian /BSc.Buss Math (Hons)
Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dengan Kepujian /BHM (Hons)

UUM CAS

Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian / B. Eco. (Hons)
Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan Dengan Kepujian / BTM (Hons)
Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial Dengan Kepujian / B.Soc.Work. (Hons)
Sarjana Muda Teknologi Media Dengan Kepujian /B. Media Tech.(Hons)

6 OKTOBER 2011 / 6 OCTOBER 2011

(THURSDAY / KHAMIS)

PAGI (SESI 11) / MORNING (SESSION 11)

*Time: 7.00A.M-12.30P.M

PETANG (SESI 12)/ AFTERNOON (SESSION 12)

*Time: 1.45P.M-6.00P.M

UUM CAS

Sarjana Muda Sains Pemutusan Dengan Kepujian /B.Dec.Sc.(Hons)Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian / B.Couns
Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian / B.Edu. (Hons)
Sarjana Muda Matematik Perniagaan Dengan Kepujian /B.Buss.Math.(Hons)
Sarjana Muda Statistik Industri Dengan Kepujian /B.Stat.Ind. (Hons)
Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian / B.Comm. (Hons)
Diploma Pendidikan / (Diploma in Education)

UUM CAS

Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian / BIT(Hons)
Sarjana Muda Multimedia Dengan Kepujian / BMM (Hons)

Sumber
:www.uum.edu.my/hea

Wednesday, August 3, 2011

JUALAN BORANG PENYERTAAN GERAI EKSPO KONVO UUM KE-24

Adalah dimaklumkan bahawa jualan Borang Penyertaan Gerai Ekspo Konvokesyen UUM Ke-24 tahun 2011 akan bermula pada 2 Ogos 2011 (Selasa) sehingga 21 Ogos 2011 (Ahad). Masa 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Borang boleh didapati di Kaunter Bahagian Pengurusan Perniagaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UUM dengan harga RM3.00 (bagi gerai kategori biasa) atau RM5.00 (bagi gerai kategori tender).

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Perniagaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 04-928 3154/3178 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Tuesday, August 2, 2011

HOMESTAY UNTUK DISEWA SEMPENA KONVOKESYEN UUM

Homestay Taman Merbau Indah, Changlun

Salam 1Malaysia.
Pihak pengurusan blogger Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia mengucapkan tahniah kepada graduan UUM.

Sempena Majlis Konvokesyen ke-24 UUM yang akan bermula dari 1 - 6 Okt 2011, terdapat
TIGA buah rumah di Homestay Taman Merbau Indah, belakang Stesen Minyak Shell Changlun, untuk disewa oleh graduan serta keluarga dengan harga berpatutan. Untuk pengetahuan, rumah dan segala perabot adalah baru.

Thursday, May 26, 2011

MAKLUMAN SURAT TAMAT PENGAJIAN & TRANSKRIP AKADEMIK SEMENTARA

Pelajar Sarjana Muda yang telah memenuhi syarat pengijazahan dan telah disahkan Senat untuk akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen UUM ke-24 (1-6 Oktober 2011) boleh mendapatkan SURAT TAMAT PENGAJIAN DAN TRANSKRIP AKADEMIK SEMENTARA melalui menu Pengijazahan di dalam Portal pelajar.

Senarai nama pelajar akan dikemaskini setelah Senat mengesahkan status tamat pengajian yang dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan akhir. Pelajar yang masih mempunyai hutang tertunggak tidak akan diberikan Transkrip. Sila rujuk panduan yang disertakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan transkrip, sila hubungi :

Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah Darul Aman

Tel.: 04-9283111/3113/3172
Faks: 04-9283109
Emel : heanet@uum.edu.my

Tuesday, March 22, 2011

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH ! ! !


Laman Sosial weblog konvouum22.blogspot.com kini telah mencapai lebih 11,000 pengunjung bagi mendapatkan informasi dan maklumat sepanjang berjalannya Majlis Konvokesyen di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah.

Terima kasih di atas sokongan anda dan berharap anda terus menyokong kami... Terima kasih...

konvouum22.blogspot.com TERBAIK ! ! !

Saturday, March 12, 2011

KONVOKESYEN UUM SETAHUN SEKALI JIMATKAN KEWANGAN - PETIKAN DARIPADA UTUSAN MALAYSIA

Gambar Hiasan

SAYA merujuk kepada surat Ayu dari Puchong, Selangor yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 1 Mac 2011 bertajuk Konvokesyen UUM hanya sekali setahun?

Pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Senat UUM telah menetapkan Konvokesyen ke-24 UUM pada tahun ini diadakan sekali sahaja, iaitu pada 1 hingga 5 Oktober 2011 tertakluk kepada perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor UUM.

Ketetapan ini berlandaskan kepada Akta dan Peraturan Akademik (Universiti Utara Malaysia) Bahagian IV Peruntukan-Peruntukan Am di perenggan 47 (1) menyatakan "Konvokesyen untuk menyampaikan ijazah-ijazah hendaklah diadakan secara tahunan, seberapa kerap yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor".

Keputusan mengadakan Majlis Konvokesyen sekali setahun diputuskan oleh Mesyuarat Senat Universiti setelah menimbang dengan teliti pelbagai aspek terutamanya, implikasi kewangan, kepentingan pelajar, kalendar akademik, aktiviti-aktiviti tahunan universiti dan tarikh-tarikh bersesuaian.

Kos mengadakan konvokesyen dua kali setahun sangat membebankan UUM daripada segi kewangan dan biaya yang besar terpaksa dikeluarkan setiap kali konvokesyen. Selain itu tumpuan dan masa juga banyak diberikan kepada program ini sehingga membebankan staf dan pentadbiran. Pada masa yang sama mereka terpaksa menumpukan kepada pelbagai perkara lain yang lebih penting untuk mengangkat martabat UUM ke tahap yang lebih tinggi sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.

Walaupun majlis konvokesyen hanya sekali setahun, pelajar yang telah disahkan pengijazahan oleh Senat akan dikeluarkan Surat Tamat Pengajian dan Transkrip Akademik Sementara. Dokumen-dokumen berkenaan boleh digunakan sebagai pengesahan rasmi universiti bagi menggantikan Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik asal, sama ada untuk tujuan permohonan pekerjaan, temuduga, permohonan melanjutkan pengajian atau lain-lain kegunaan rasmi berkaitan.

Pemberian Ijazah dan Transkrip Akademik asal kepada graduan hanya akan diberikan semasa Majlis Konvokesyen setelah graduan berkenaan menerima skrol dan memulangkan jubah akademik serta menyelesaikan semua tunggakan hutang dengan universiti.

PENGARAH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Universiti Utara Malaysia

Sintok, Kedah.

KONVOKESYEN UUM HANYA SEKALI SETAHUN? - PETIKAN DARIPADA UTUSAN MALAYSIA

SAYA merupakan bekas pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah menamatkan pengajian termasuk latihan praktikum pada 30 September 2010. Saya akan menerima ijazah di majlis konvokesyen yang sepatutnya diadakan Mac ini jika mengikut kelazimannya.

Bagaimanapun khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa mulai tahun 2011 UUM akan mengadakan majlis konvokesyen hanya sekali setahun iaitu pada bulan Oktober. Saya mendapatkan kepastian daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tetapi mereka menafikan dan menjawab itu hanya khabar angin.

Saya kemudian merujuk pula Jabatan Hal Ehwal Akademik. Mereka mengesahkan konvokesyen hanya akan diadakan pada Oktober tetapi tarikh masih belum ditentukan lagi.

Sekiranya benar keputusan pihak universiti untuk mengadakan konvokesyen hanya sekali setahun, bermakna bakal graduan perlu menunggu setahun untuk berkonvokesyen iaitu setelah tamat praktikum pada penghujung September 2010. Majlis konvokesyen pula Oktober 2011.

Hal ini amat menyukarkan saya memperoleh pekerjaan yang tetap terutama di sektor awam kerana kebanyakan badan kerajaan tidak menerima surat tamat pengajian dan transkrip akademik sementara walaupun dikeluarkan dan disahkan oleh pihak universiti.

Malah permohonan saya untuk mengikuti Kursus Pergurusan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Januari 2011 juga tidak berjaya hanya kerana saya gagal mengemukan ijazah saya semasa sesi temuduga. Permohonan kedua saya bagi ambilan Jun juga bakal gagal sekiranya majlis konvokesyen hanya akan diadakan pada bulan Oktober.

Saya yakin masalah yang sama akan menimpa bakal graduan yang sepatutnya berkonvokesyen Mac ini. Selain itu, UUM perlu bersedia supaya masalah tidak berulang.

Saya berharap UUM menimbangkan semula keputusan tersebut dan dapat mengadakan majlis konvokesyen Mac ini.

AYU

Puchong, Kuala Lumpur

Tuesday, March 8, 2011

UNIVERSITI TEMPAT LAHIR GRADUAN BERWIBAWA


Oleh: Azahar Kasim

Gambar Oleh: Shamsaimi Ezil


Universiti adalah tempat terbaik untuk melahirkan graduan yang berwibawa, berkebolehan serta mampu bersaing dengan penuh elemen intelektual dalam dunia yang penuh persaingan pada hari ini.


Wakil graduan, Samsia Samsi berkata, pusat pengajian tinggi juga mampu memberi tambah nilai kepada graduan serta membuka ruang untuk mempelajari bidang dan kemahiran baru.


“Kejayaan ini adalah kejayaan kita tetapi ia adalah hasil keras yang diciptakan oleh diri kita sendiri dan pensyarah yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa untuk menjadi warga negara berilmu dan bertanggungjawab.


“Ibu bapa pula adalah insan-insan tidak kenal penat lelah untuk berusaha mendapat sumber kewangan bagi menyara pengajian di universiti, jasa mereka harus dikenang,” katanya ketika berucap mewakili graduan di Majlis Konvokesyen Ke-23, Sidang Kedua, Sesi Kelima dan Keenam, di sini, hari ini.


Beliau yang juga graduan Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian berkata, sesungguhnya pengorbanan para pensyarah, ibu bapa dan sanak saudara amat dihargai kerana kejayaan ini adalah kejayaan bersama.


“Hari ini kita berbeza dengan hari pertama kita memasuki universiti yang dikatakan penuh dengan debaran dan cabaran serta dibelenggu dengan ketidaktentuan dalam setiap keputusan yang dibuat.


“Bagaimanapun, hasil dorongan dan sokongan ibu bapa serta pensyarah kita dapat melalui semua perubahan dan cabaran itu dengan jayanya sebelum bergelar graduan di universiti ini,” katanya.


Samsia yang kini bertugas sebagai wartawan penyiaran SelangorFM di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) berkata, perubahan ini membolehkan semua graduan memainkan peranan penting dengan menyumbang ilmu yang dipelajari di universiti kepada masyarakat sekaligus menjadi warga negara yang bertanggungjawab memakmurkan negara. - Petikan daripada Unit Komunikasi Korporat.


Tuesday, November 30, 2010

RAHSIA PINGAT EMAS CANSELOR


Hamdan dan dua rakannya yang meraih Anugerah Pelajaran Diraja, Ayu Abd Rahman (kiri) dan Stephanie Ng-Hao

Pencapaian akademik yang cemerlang selain aktif dalam aktiviti kokurikulum di peringkat kolej kediaman dan universiti melayakkan Mohamad Hamdan Muhamed Dalha meraih Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-23 2010, Universiti Utara Malaysia (UUM), baru-baru ini.

Anak muda yang gemar melayari Internet ini nyata mempunyai rahsia tersendiri mengenai bagaimana dia menguruskan rutin hariannya, sama ada untuk belajar dan bersosial hingga membolehkannya memperoleh anugerah tertinggi dalam bidang akademi itu.

Enam semester raih Anugerah Dekan

Hamdan, 24, yang mengambil jurusan Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian pada semester Julai 2006/2007, dilahirkan pada 16 Mac 1987 di Banting, Selangor.

Anak kepada pekebun dan suri rumah, Muhamed Dalha Mod Judi dan Jamilah Haji Sinong ini mendapat pendidikan menengah di SAM, Unwanus Saadah, Kanchong Darat di Banting, Selangor.

Dia seterusnya mengorak langkah ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dengan mengambil bidang perakaunan sebelum melanjutkan pengajian di UUM dalam jurusan kewangan dan perbankan Islam.

Sepanjang pengajian selama tiga tahun di UUM, Hamdan berjaya mengekalkan pencapaian akademik cemerlang dengan memperoleh Peratus Markah Kumpulan (PMK), 3.89 pada semester akhir pengajiannya.

Bukan itu saja, dia juga tidak pernah gagal memperoleh Anugerah Dekan sepanjang tempoh enam semester terdahulu bermula Julai 2006/2007 hingga Disember 2008/2009.

Hamdan ketika ditanya mengenai rahsianya belajar hingga meraih kejayaan cemerlang menyatakan segalanya bergantung kepada pemahaman seseorang pelajar itu dalam memahami ilmu yang diperoleh daripada pensyarah dan sumber lain.

"Apabila kita mendapat sesuatu ilmu pengetahuan, kita kena terjemahkan kepada ayat sendiri.

"Walaupun ia fakta, kita kena bergantung kepada pemahaman kita. Jika kita tidak faham satu-satu ilmu itu, maka ilmu tersebut tidak sampai," katanya.

Selain akademi, Hamdan turut aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kemasyarakatan di kampus dilantik sebagai AJK Biro Kerohanian bagi Program TM Wonderful Creation sebagai Bendahari bagi program gotong-royong Dewan Penginapan Pelajar (DPP) TM pada sesi akademik 2007/2008.

Pada sesi sama juga dia dipilih menjadi AJK bagi program Hari Terbuka DPP TM dan pelbagai aktiviti lain di peringkat universiti.

Pada semester berikutnya, Hamdan dipilih mengemudi Biro Logistik dan Teknikal bagi program 4Aces TM Lan Party dan Pengarah bagi Program Doktor FM2 for FABS Finance and Banking Society (FABS).

Suka Internet

Hamdan menyatakan dia bukanlah termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa berkepit dengan buku-buku.

Malah, dia mengakui minatnya adalah melayari Internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat dalam memastikan dirinya sentiasa peka dengan perkembangan terkini.

"Saya bukan setakat melayari laman web seperti Facebook, tetapi laman web yang kerap saya layari sekarang ialah yang ada kaitan dengan dunia perbankan. Tambahan lagi, ia ada kena mengena dengan kerjaya saya sekarang.

"Daripada perbandingan maklumat yang diperoleh, saya akan dapat menstrukturkan idea untuk keperluan orang awam," katanya.

Menurutnya, latihan praktikal di Suruhanjaya Sekuriti Malaysai (SSM) membuka peluang pekerjaan kepadanya apabila dia terus ditawarkan berkhidmat untuk Bank Simpanan Nasional (BSN) sebaik saja tamat pengajian di UUM.

"Tiada istilah menganggur dalam hidup saya kerana saya terus bekerja selepas tamat latihan praktikal," katanya yang kini bertugas di ibu pejabat BSN, Kuala Lumpur sebagai Eksekutif Perkhidmatan Pembayaran.

Sementara itu, tunang Hamdan, Nurhidayah Azizan, 24, yang menemaninya ke majlis konvokesyen itu berkata, tunangnya itu seorang yang sangat fokus ketika belajar,

terutama ketika dalam kelas dan langsung tidak terkejut dengan anugerah yang diperolehnya itu.

"Setakat yang saya kenal, dia seorang yang sangat penyabar dalam menghadapi apa jua masalah.

"Namun, antara perangai peliknya yang saya perasan ialah dia masih boleh ingat apa yang dipelajarinya walaupun sedang bermain games. Misalnya, sambil asyik main tu, dia akan cakap apa saja yang dia belajar sebelum itu," katanya.

Selain Pingat Emas yang diperoleh dalam majlis konvokesyen kali ini, dia juga pernah mendapat pengiktirafan pihak universiti atas kecemerlangannya dalam bidang akademik pada majlis konvokesyen sebelum ini seperti Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pingat Emas Naib Canselor dan Pingat Emas Bank Rakyat.

SESI 5, 6 MAJLIS KONVOKESYEN BATAL

Banjir buruk, jalan ke UUM terputus hubungan

Prof Mustafa meninjau keadaan cuaca di Dewan MAS

Oleh Muhammad Amsyari Ismail dan Gan Yong Li

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihak UUM memohon maaf kepada graduan dan keluarga masing-masing kerana terpaksa membatalkan sesi kelima dan keenam Sidang Kedua Majlis Konvokesyen Ke-23 selepas mengambil beberapa faktor keselamatan akibat banjir dan cuaca buruk.

Pengurusan UUM memutuskan menangguhkan majlis konvokesyen pada 2 November apabila mendapati jalan utama ke UUM terputus hubungan.

"Ramai kakitangan UUM dan majoriti graduan serta keluarga mereka tidak dapat hadir ke konvokesyen ini kerana berdepan masalah akibat banjir.

"Memang sukar untuk membuat keputusan, tetapi selepas mengambil kira pandangan dan maklumat daripada polis, pasukan keselamatan dan rakan-rakan sekeliling, kami pihak UUM terpaksa menangguhkan juga konvokesyen sesi kelima dan keenam.

"Kalau diteruskan juga, kami khuatir banyak masalah akan timbul. Memang ada segelintir keluarga dan graduan kecewa dengan keputusan ini. Tetapi, pihak kami perlu membuat keputusan demi kebaikan dan keselamatan semua pihak terbabit," katanya ketika ditemui sedang meninjau keadan di Dewan Muadzam Shah (MAS).

Menurutnya, pihak UUM akan memilih satu tarikh lain untuk mengadakan majlis konvokesyen kepada mereka yang terlibat.

"Majlis konvokesyen mungkin akan diadakan dalam masa dua atau tiga bulan dari sekarang. Tarikh masih belum dapat ditentukan, tetapi dewan yang sama akan digunakan," katanya.

Akur


Seramai 1,373 graduan, yang terdiri daripada 831 pelajar dari Kolej Sastera dan Sains (CAS) dan 543 dari Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) terpaksa menangguhkan hasrat mereka berkonvo buat sementara waktu.

Mohamed Mustafa berkata, graduan tidak akan dikenakan caj bayaran dua kali untuk jubah akademik apabila majlis konvokesyen akan datang.

"UUM beri peluang kepada graduan terlibat mengambil transkip dan skrol mereka di Dewan Tan Sri Othman. Mereka juga diberi peluang mengambil gambar di dewan untuk kenangan.

"Kami sudah merancang sebaik mungkin untuk majlis konvokesyen ini. Tetapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan. Jika diteruskan juga, kemeriahannya tidak sama. Paling utama ialah keselamatan semua hadirin yang terlibat," katanya lagi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Leng Chih Ying, 23, tidak dapat menyembunyikan kerisauannya kerana hujan tidak berhenti sejak hari pertama majlis bermula.

"Saya sedikit kecewa apabila mendapat berita menyatakan konvokesyen sesi kelima dan keenam kali ini terpaksa ditangguhkan. Bagaimanapun, saya akur dengan keputusan dibuat selepas mendapat penjelasan daripada Naib Canselor," katanya.

Sementara itu, waris pelajar, Mohamed Saballah Taib, 55, terpaksa melupakan hasrat untuk melihat anaknya menaiki pentas menerima ijazahsebaik saja dimaklumkan mengenai penangguhan itu.

"Memang saya kecewa. Tetapi, saya reda dengan keputusan dibuat UUM demi keselamatan semua pihak terbabit. Saya berharap universiti dapat menentukan tarikh yang lebih sesuai untuk mengadakan majlis konvokesyen ini," katanya.

TIGA PRINSIP BANTU AYU CEMERLANG

Ayu dikucup ibu tersayang

Oleh Mohd Azhan Othman dan Gan Yong Li

Walaupun berbeza latar etnik dan budaya, Ayu Abdul Rahman, 24, dan Stephanie Ng-Hao, 24, masing-masing sependapat bahawa usaha gigih adalah rahsia terbaik untuk bergelar pelajar cemerlang.

Kedua-dua gadis bijak itu adalah dua siswi Universiti Utara Malaysia (UUM) yang layak menjadi penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Sidang Kedua, Majlis Konvokesyen ke-23, UUM, baru-baru ini.

Ayu, yang dilahirkan pada 11 Ogos 1986, sah bergelar graduan Sarjana Muda Matematik Perniagaan dengan Kepujian semasa Sidang Pertama Majlis Konvokesyen ke-23 pada 27 hingga 29 Mac lalu.

Anak kedua daripada lima adik-beradik itu mendapat pengajian peringkat menengah di Maktab Rendah Sains Mara Pulau Pinang sebelum memilih UUM sebagai destinasi menara gading pada Semester November 2006/2007.

Selain anugerah akademi yang diperolehnya pada majlis konvokesyen itu, Ayu sebelum itu pernah menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dari Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Petronas, selain terpilih menyertai The 10th International Scientific Olympiad (Mathematics) yang berlangsung di Tehran, Iran.

Dalam aktiviti kokurikulum, dia pernah menjawat jawatan Naib Presiden Kelab Renang bermula Semester Julai dan November 2008/2009.

Anugerah diterima anak jati Alor Setar itu dibuat berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam akademik yang mana dia meraih Anugerah Dekan bagi lima semester sepanjang tempoh pengajian selain mendapat Peratusan Markah Kumpulan (PMK) 3.92 pada semester akhir.

Menurut Ayu, dia mengamalkan tiga prinsip, iaitu lihat, tulis dan faham sebagai rahsia kecemerlangannya sepanjang menuntut ilmu di bumi Sintok ini.

"Kita akan faham apa yang diajar pensyarah jika kita dengar dengan tekun. Malah, cara ini memudahkan proses pembelajaran," katanya.
Pencapaian akademik cemerlang itu melayakkan Ayu menerima Pingat Emas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan Hadiah Tunas Bestari pada sidang pertama majlis konvokesyen lalu.

Kecemerlangannya itu turut mengundang tawaran kerja dari pihak Kolej Sastera dan Sains (CAS) sebagai tutor yang mengajar bidang digemarinya, Matematik Perniagaan.

Ayu ketika diminta menyampaikan pesanan kepada mahasiswa menasihatkan mereka supaya gigih berusaha untuk mengecap kecemerlangan selain tidak berputus asa dalam pembelajaran.

"Berusahalah. Saya bertuah kerana dapat melanjutkan pengajian dalam bidang yang bersesuaian dengan minat saya. Mungkin ada antara adik-adik junior yang tidak bernasib baik seperti saya. Namun, apa situasi sekalipun, jika kita tidak berusaha, kita akan gagal mencapai apa-apa. Lagi satu, jangan putus asa," katanya.

Ayu kini bakal melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Amerika Syarikat universiti luar negara pada tahun depan.

STEPHANIE BUAT NOTA SENDIRI

Stephanie bersama ibu bapa dan dua adiknya

Gadis petah, Stephanie, yang turut meraih anugerah sama dengan rakan sekampusnya, Ayu, berkata, nota yang ditulis sendiri adalah rahsia bagaimana dia berjaya memahami sesuatu subjek yang dipelajari, sekali gus membantunya menjawab soalan setiap kali tiba hari peperiksaan.

"Apabila pensyarah beri kuliah, kita biasanya akan tulis nota dalam buku teks. Tetapi, saya akan buat nota sekali lagi dan gabungkan maklumat dalam buku teks yang siap ditulis nota hasil kuliah pensyarah.

"Jadi, apabila tiba hari peperiksaan, saya tidak akan sentuh langsung buku teks. Saya cuma hafal dan baca nota yang dibuat sendiri itu," katanya.

Bagi gadis kelahiran Kuala Lumpur (KL) ini, nota yang ditulisnya sendiri itu banyak membantunya mengingati subjek-subjek yang dipelajari dan dia menyarankan mahasiswa turut melakukan perkara sama sebagai persiapan menjelang musim peperiksaan.

Stephanie mendedahkan minatnya bukanlah membaca seperti yang biasa dilabelkan banyak pihak terhadap pelajar yang cemerlang pencapaian akademiknya.

"Hobi saya bukan membaca. Saya suka dengar muzik pelbagai genre, terutama muzik era 90-an. Saya juga suka menyanyi," katanya sambil ketawa.

Stephanie dilahirkan pada 3 Disember 1986 di KL dan memulakan pengajian menengah di St John Institution di ibu kota.

Dia kemudian melanjutkan pengajian peringkat tinggi di UUM bermula Semester Julai 2006/2007 dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran dengan Kepujian.

Apa yang mengkagumkan, sepanjang tempoh pengajian, Stephanie layak mendapat Anugerah Dekan bagi tujuh semester berturut-turut dan menamatkan semester akhir dengan mencatatkan PMK 3.83.

Dalam bidang kokurikulum, gadis lincah ini pernah dipilih menyandang jawatan Ketua Biro Promosi bagi program Spring Festival Semester II 2008/2009, AJK Biro Tugas Khas bagi program Hope Days for Marketing Society 2008/2009, AJK Pelaksana bagi program Christmas Night 2008/2009 dan AJK Biro Protokol dalam Business Marketing Prom Nite 2009.

Dia kini berkhidmat sebagai Pelatih Pengurusan di Pemanis Sandilands Sdn Bhd, sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam penjenamaan barangan dan aktiviti yang ada kaitan dengan produk berjenama seperti Pepsi, Gatorade, 7-Up dan Mirinda.

Bapa kepada Stephanie, John Ng Kim Hao dan ibunya, Christine Chee Seck Won nyata gembira dengan kejayaan diraih anak mereka itu sambil menyifatkan anugerah tersebut diperoleh atas hasil usahanya sendiri.

"Hati ibu bapa mana yang tidak bangga dan teruja apabila anak sendiri mendapat anugerah dan keputusan cemerlang dalam akademik," kata Christine.

"Sejak kecil kami sudah didik dan pupuk sifat membaca serta meluangkan masa bersama untuk mengulang kaji pelajaran. Bagaimanapun, kami hanya mendidik, tetapi dia perlu bergantung kepada dirinya sendiri dan kami sekeluarga sentiasa beri sokongan penuh terhadap apa saja perkara dilakukannya," katanya lagi.