PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Tuesday, March 23, 2010

LIMA PROGRAM MELAHIRKAN GRADUAN SULUNG

UUM menganugerahkan Ijazah kepada 4553 graduan

Oleh : Gan Yong Li

SINTOK : Seramai 4,553 graduan termasuk 52 graduan daripada lima program yang akan melahirkan graduan sulung akan menerima Ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen ke-23, Sidang Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 27 hingga 29 Mac 2010.

Mereka terdiri daripada dua penerima Ijazah Kehormat, tiga graduan Doktor Pentadbiran Perniagaan, 29 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 683 graduan Ijazah Sarjana, 22 graduan Diploma Siswazah Sains Koreksional, 3759 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 55 graduan Diploma Lepasan Ijazah (Diploma Pendidikan) yang akan menerima Ijazah mengikut sesi masing-masing di Dewan Mu’adzam Shah, UUM.

Sebanyak lima program yang akan melahirkan graduan sulung pada Majlis Konvokesyen ini melalui program Doktor Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Sains Perakaunan, Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaantani, Sarjana Muda Pengurusan Operasi dan Sarjana Muda Teknologi Media.

Tuanku Canselor dan Sultanah Kedah berkenan berangkat untuk menyempurnakan Majlis Konvokesyen pada Sesi Pertama iaitu 27 Mac 2010.

Manakala, sesi dua dan tiga akan disampaikan oleh Pro-Canselor II, Tun Dato’ Sri Dr. Ahmad Fairuz Dato’ Sheikh Abdul Halim dan sesi empat dan lima akan disempurnakan oleh Pro-Canselor I, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh.

Konvokesyen kali ini turut menyaksikan seramai 73 graduan yang mendapat Ijazah Kelas Pertama iaitu 39 graduan dari UUM College of Business (UUM COB), 33 graduan dari UUM College of Arts and Scineces (UUM CAS) serta satu graduan dari UUM College of Law, Government and International Studies (UUM GOLGIS).

UUM COB akan melahirkan seramai 1736 graduan dan UUM CAS melahirkan seramai 1435 graduan, serta 643 graduan di kalangan UUM GOLGIS pada Konvekesyen ini.

Pada Majlis Konvokesyen ini juga, UUM bersetuju untuk menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hj. Hashim dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Teknologi) kepada Pengerusi KLIA Premier Holdings Sdn Bhd, Prof. Tan Sri Dato’ Ir. Jamilus Md. Hussien.

Sementara itu, Karnival Konvokesyen akan bermula pada 25 hingga 29 Mac 2010 yang bertemakan “Keusahawanan Pemangkin Pembangunan Ekonomi Negara” yang akan dkendalikan oleh UUM COB.

Majlis Konvokesyen ini akan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Bank Rakyat, Prof. Datuk Kamaruzaman Che Mat pada 25 Mac di Stadium UUM.

Pelbagai aktiviti yang akan diadakan seperti Ekspo jualan, Pertandingan Memanah, Golf, Karnival Sukan Tradisional dan Moden, Paintball, dan Persembahan daripada Ramli Sarip serta In-Team.

No comments:

Post a Comment