PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Tuesday, March 30, 2010

SEJARAH INDAH BUAT GRADUAN SULUNG

Oleh: Siti Hamizah Mohamad


LAU...Graduan sulung Sarjana Muda Teknologi Media yang mendapat kelas pertama



Sintok: Majlis konvokesyen ke -23 Universiti Utara Malaysia (UUM) mencatatkan kenangan manis buat penerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Media, Lau Wai Nee, 24.

Malah ianya lebih manis dan membanggakan apabila namanya turut tercatat sebagai penerima Ijazah Kelas Pertama. Wajah gembira dan bangga dapat dilihat terukir taktala Lau berkongsi kegembiraannya dengan wartawan.

Ketika ditanya tentang rahsia kejayaannya, gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini sentiasa menjadikan dorongan serta kekuatan dari ibubapa, rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah yang banyak membantu serta sentiasa berada di belakangnya sebagai semangat sepanjang beliau menuntut di UUM.

“Saya sentiasa bertanyakan pandangan serta pendapat rakan terutama rakan yang turut mengambil bidang yang sama, malah kami juga sentiasa berjumpa untuk berbincang mengenai pelajaran,” kata Lau ketika ditanya resipi kejayaannya.

“Saya juga sentiasa patuh pada jadual yang di buat bagi membolehkan saya berjaya menyiapkan dan menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Hal ini penting untuk memastikan saya sentiasa mematuhi disiplin masa.

“Saya juga akan menjadikan pensyarah dan rakan sebagai mentor yang terbaik sekiranya terdapat kemusykilan pada pelajaran dan berbincang bagi mendapatkan penyelesaiannya,” tambah Lau.

Menceritakan pengalaman ketika menyiapkan tugasan bagi kajian tesis, beliau terpaksa mendapatkan bahan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapatkan bahan yang sesuai untuk tugasan beliau tersebut.

“Walaupun bahan yang diperolehi berusia agak lama, namun ianya masih boleh digunakan sebagai rujukan yang berharga buat kajian saya memandangkan bahan di Perpustakaan UUM adalah terhad jadi saya terpaksa berkorban masa untuk mencari yang terbaik walaupun terpaksa ke Universiti lain.

Lau merupakan salah seorang pelajar Sarjana Muda Teknologi Media yang merupakan graduan sulung yang menerima ijazah pertama pada konvokesyen kali ke-23 pada 27 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment