PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Wednesday, April 1, 2009

Setitis Darah Sejuta Harapan

SINTOK: Sempena berlangsungnya Majlis Konvokesyen Ke-22 Sidang Pertama Universiti Utara Malaysia (UUM), Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank turut mengambil kesempatan mengadakan kempen derma darah melalui Tabung Darah Bergerak, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kempen yang berlangsung selama dua hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mahasiswi DPP SME Bank dan merupakan aktiviti sampingan bagi memeriahkan hari permahsyuran DPP Kachi 2 kepada DPP SME Bank.

Menurut Doktor Tabung Darah HSB, Dr. Shaik Farizan Shaik Daud, di samping hadiah saguhati dan sijil yang bakal diberikan oleh pihak HSB, banyak keistimewaan lain yang bakal diperolehi oleh penderma.

Keistimewaan tersebut termasuklah rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan secara percuma, dan ditempatkan di wad kelas dua. Selain itu, penderma juga layak menerima pelalian Hepatitis B secara percuma dan berpeluang ditempatkan di wad kelas satu bergantung kepada kekerapan pendermaan.

“Derma darah meningkatkan berat badan adalah tidak betul. Derma darah juga tidak sakit, hanya seperti gigitan nyamuk sahaja”, tambah beliau lagi.

Di akhir perbualan, beliau menasihati penderma supaya jujur sewaktu mengisi borang yang diberikan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Bagi Siti Hajar Sa’at, penuntut jurusan Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, beliau berasa gembira dan berbangga dapat menderma darah kerana jika darahnya tiada masalah dapat membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Darah O hanya boleh menolong darah O sahaja”, katanya yang berdarah O dan sudah dua kali mendermakan darahnya.

Rakannya, Fazira Dila Razali penuntut dalam jurusan yang sama turut berkongsi kegembiraan dan rasa bangga kerana dapat menderma darah.

Beliau yang sudah empat kali menderma darah menggalakkan lebih ramai orang menderma darah bagi membantu insan yang lebih memerlukan. “Dermalah darah selagi anda boleh menderma” ujarnya sewaktu mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment