PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Tuesday, March 23, 2010

PESAKIT BARAH PAYUDARA CEKAL SEMANGAT

Oleh: Siti Nurmah Wasilan dan Jamilah Hamzah

SINTOK: Kecekalan melawan barah payudara tidak menggugat semangat Rashidah Othman, 40, untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat Sarjana dikongsi bersama pemberita ketika ditemui semasa pengambilan jubah di Dewan Tan Sri Othman (DTSO), Universiti Utara Malaysia (UUM), disini.

Rashidah disahkan oleh doktor mengidap barah payudara tahap kedua pada tahun kedua pengajiannya sedikit sebanyak mengganggu tumpuannya sebagai seorang pelajar.

“Setelah disahkan mengidap barah saya segera mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan untuk membuang barah tersebut, malah perlu membuat rawatan susulan seperti radioterapi sepanjang semester ketiga dan keempat.

“Ketika itu saya cekalkan hati untuk meneruskan pengajian dan menyiapkan tugasan selain mendapat dorongan daripada keluarga, dan rakan-rakan, mereka merupakan penguat semangat saya” katanya.

Rashidah memegang prinsip iaitu menuntut ilmu merupakan terapi yang boleh menyembuhkan penyakit, disamping tidak terlalu memikirkan penyakit yang dialami kerana ia akan melemahkan semangatnya.

“Belajar merupakan satu terapi untuk menyembuhkan penyakit, selain itu saya tidak terlalu memikirkan penyakit yang dialami kerana ia akan menyebabkan motivasi dalam diri saya jatuh,” jelasnya.

Beliau yang ditemani rakan baik dan juga merupakan rakan sekerja hadir ke DTSO mengambil jubah sempena majlis Konvokesyen ke-23.

Rakan baiknya, Habibah Marzuki, 49, juga bakal menerima Sarjana dalam bidang yang sama merupakan pendorong yang sentiasa memberi semangat dalam hal berkaitan pelajaran dan sentiasa berkongsi pendapat sama ada hal pelajaran mahupun peribadi.

“Menjadi kelebihan pada kami kerana bekerja dibawah satu syarikat serta mudah membuat perbincangan berkaitan dengan pelajaran sekiranya mempunyai masa terluang ketika di pejabat,” katanya yang kini bertugas sebagai Pegawai Sumber Manusia dalam syarikat Asian Composites Manufacturing (ACM), di Bukit kayu Hitam.

Beliau yang kini telah sihat sepenuhnya berasa bersyukur dan berbangga kerana bakal menerima segulung sarjana dalam bidang Master of Human Resource Management (MHRM) pada 27 Mac ini.

“Saya amat bersyukur dan gembira kerana bakal menerima sarjana pada sabtu ini setelah pelbagai dugaan dan halangan kesihatan yang dialami sepanjang tempoh pengajian,”katanya lagi.
Seramai 4553 graduan bakal menerima ijazah masing-masing bermula 27 Mac dan berakhir pada 29 Mac ini di Dewan Muadzam Shah, (DMAS), UUM.

1 comment:

  1. Kesakitan, kepayahan dan kesulitan sentiasa menjadikan hidup semakin indah andai disertai dengan ketabahan, Tahniah semua.

    ReplyDelete