PEMBUKA KATA

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua graduan Universiti Utara Malaysia

Tuesday, March 30, 2010

PENGAMBILAN JUBAH MERIAH

Oleh : Siti Nurmah Wasilan dan Jamilah Hamzah

Sebahagian mahasiswa sedang mencuba jubah masing-masing

SINTOK: Pengambilan jubah di Dewan Tan Sri Othman (DTSO) sempena majlis konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-23 yang bakal menjelma memberi kesempatan lepasan graduan menemui rakan lama setelah masing-masing menamatkan pengajian pada Mei tahun lalu.

Menurut graduan jurusan ijazah Sarjana Muda Multimedia, Asmaa’ Aziz, 24, berkata selain ingin mengambil jubah yang bakal dipakai pada hari konvokesyen beliau mengambil kesempatan ini untuk menemui rakan-rakan yang telah lama tidak ditemui.

"Apa yang dapat dilihat graduan mengambil kesempatan ini adalah untuk bertemu rakan seperjuangan yang lain serta melepaskan kerinduan mereka disini,” katanya.

Tambahnya, beliau bersyukur dan berasa gembira kerana berjaya menamatkan pengajian di UUM berkat semangat kedua ibubapanya yang banyak mendoakan kejayaan dalam bidang akademik.

Saya bersyukur dapat menamatkan pengajian dan bakal bergelar graduan yang akan menjadi salah seorang pelapis muda dalam bidang Multimedia,” tambahnya.

Berdasarkan pengalaman semasa menjalani praktikum, beliau berkata keyakinan diri amat penting untuk mewujudkan satu komunikasi di dalam organisasi.

Apabila berada di dalam sesebuah organisasi kita perlu berkeyakinan untuk meluahkan pendapat dan bertanya sekiranya tidak memahami tugasan yang ditanggungjawabkan kepada kita,” jelasnya.

Sementara itu, rakannya dalam jurusan sama yang mendapat pointer keseluruhan 3.39, Tan Jing Haan, 24, penganugerahan ijazah yang bakal diterima memberi peluang pekerjaan lebih luas kepada dirinya berbanding mereka yang tidak bepeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah atau lebih tinggi lagi.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai guru di pusat tusyen di Pulau Pinang mengajar matapelajaran bahasa Mandarin sedang memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kerana berminat dalam bidang pendidikan selain tidak terlalu memilih pekerjaan.

"Walaupun mengambil jurusan Multimedia ia tidak menghalang saya untuk menceburi bidang lain kerana tidak mahu terlalu memilih pekerjaan, saya akan merebut apa sahaja peluang pekerjaan yang dirasakan sesuai sebagai peringkat permulaan sebelum mendapatkan pekerjaan yang diingini,” katanya.

Pelajar jurusan Sarjana Muda Ekonomi yang kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Ekonomi, Ambigah Sandran, 24, menjelaskan taraf akademik sangat penting kerana terlalu banyak pesaing daripada pelajar IPTA/IPTS dan menyebabkan peluang pekerjaan agak terhad.

“Hal ini mendorong saya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di UUM kerana selesa dengan persekitaran dan kemudahan yang terdapat di sini,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana memperoleh pointer yang memberangsangkan iaitu 3.26.

No comments:

Post a Comment